Thursday, August 1, 2013

Sistem Susunan Barang dan Alat Tulis Peribadi

Sistem Ideal dan Jimat untulk Simpanan Alat Tulis

Hari ini Ciklala  akan kongsi serba sedikit cara penyimpana yang ringkas,mudah dan jimat,untuk alat tulis dan barang lain seperti artwork: cat akrilik,PELAKA,berus lukisan,pensil warna yang bermacam jenis,pisau,gunting dan lain-lain yang berkaitan.
 Cara ini sangat sesuai untuk student seperti saya,lebih-lebih lagi dalam bidang ID/IA ini.
Kenapa??sebab kitorang selalunya pakai bermacam jenis pen dan pensel untuk drawing,tak termasuk alat buat model lagi.

Langkah-langkahnya:

1.  Cari dan dapatkan kotak kertas,lebih besar lebih baik.Ini bermaksud lebih banyak barang yang anda boleh letak.Dapatkan beberapa saiz kotak yang sama,contoh,size L dua,size S dua.Ini supaya bila nak susun nanti,akan nampak lebih cantik sebab masing-masing ada partner,pendapat sayalah.
Letaklah barang-barang yang sedikit besar dalam tu dan susun kerana barang yang kecil seperti pemadam,dan sticky notes akan diletakkan dalam bekas lain.Rujuk seterusnya.

kotak kertas

2.  Untuk barang dan alat tulis yang lebih kecil,letakkan dalam bekas (compartment) yang dah ada divider untuk barang yang berbeza.Compartment ini boleh didapati di retail shop DAISO.Kebanyakannya tahu tentang retail ini,bagi yang duduk di area Selangor, KL dan lain-lain yang berkaitan.Sangat murah,RM5 saja setiap satu,saiz 15cm x 30cm.Boleh diletakkan dimana-mana,bagi yang tak ada drawer,yang ini boleh jadi sebagai ganti.


smart stationery compartment
quantity: 2
boleh tindan atasnya untuk jimat space,ada pemegang lagi


Sekian tentang entry ini.Harap bermanfaat.Tapi mungkin ada yang lebih kreatif dan kemas cuma ini sebagai kongsian macam mana saya simpan barang-barang ini.

CikLala!