Wednesday, February 1, 2012

NOVEL Lama Yg Baru Kubaca

Novel ni,aku dapat masa aku form 4,kalau tak silap.Ada lah seorang sahabat yang bagi suruh baca,katanya novel ni best.Waktu tu aku baru nak berjinak-jinak dengan dunia pembacaan novel.Apa lagi,aku ambil je lah konon-kononnya nak baca tapi sampai dah bertahun lamanya masih tak habis-habis baca.Ialah,bukan penggemar novel sebenarnya tapi sahabat aku tu pun sampai dah loss contact sekarang lepas SPM.

Tapi,baru-baru ni,terdetik hatiku nak membacanya..Awal Januari 2012 ni sebab kelapangan masa yang cuti semester ni sebelum daftar masuk ijazah kat Shah Alam.Memang lama aku cuti,hampir satu semester jugak.Mula-mula baca prolog,dah tertarik dengan ceritanya.Menarik!Tiba-tiba kena kahwin,tangkap basah pulak tu dengan boyfriend   kawan serumahnya.dIsebabkan kawannya yang selalu bawa lelaki masuk rumah secara diam-diam,tapi dia yang kena tempias besar.

Kesimpulannya,cerita novel ni memang best .Betullah kata sahabatku tu,thanks a lot!i enjoy it very much evethough there's a very touching scene.Banyak pengajaran sebenarnya novel ni.Hari ini baru aku perasan penulis novel PERGILAH SEPI ni,Fauziah Ashari adalah juga penulis novel OMBAK RINDU yang juga dijadikan filem OMBAK RINDU!Memang patutlah orang ambil novel dia buat filem,rupanya memang best!Tak macam novel melayu yang biasa yang cerita macam cerita yang dapat kita teka.

Oleh itu,aku hargai sangat novel ini yang diberi pinjam oleh sahabatku,yang sampai sekarang aku tak jumpa-jumpa dia.Di mukasurat pertama novel ni ada tandatangan yang tertulis namanya Nabil,dan ada tertulis nama penuhnya Nabilah Bt. Awang.Masalahnya ,sahabatku tu,bukan bernama Nabilah!Tidak mengapalah,akan kusimpan dahulu.....

Dibawah ni,ada sinopsis kat belakang cover novelnya..

Pergilah Sepi - Fauziah Ashari Posted by Hello

Sinopsis : PERGILAH SEPI Andai jodoh bukan suatu ketentuan, pasti Afiqah mampu menolak kehadiran 
Syafiq dalam hidupnya. Apatah lagi, perkahwinan itu bagaikan satu pelarian bila terjadinya peristiwa yang
 mengaibkan.

Terlalu payah bagi Afiqah untuk meminggirkan segala kekecewaan dan menerima begitu sahaja apa yang
 ditakdirkan. Tanpa sekelumit rasa kasih terhadap Syafiq, bagaimanalah Afiqah mampu menutup kehambaran 
dan mencipta kebahagiaan.


Menyedari kesilapan diri, Syafiq cuba sedaya upaya mencorak kehidupan barunya. Meski sukar untuk 
menembusi benteng kemarahan Afiqah namun jauh disudut hati, Syafiq mohon akan sampai ketikanya 
Afiqah mengerti kemurnian kasihnya. Hakikat hatinya tidak dapat dibohongi bahawa Afiqah adalah cinta
 pandang pertama.



Kata orang... kita akan rasa kehilangan apabila orang yang dibenci telah jauh dari mata. Sayangnya,
 kesedaran itu terlewat hadir dan hanya menambah luka di hati. Di manakah silapnya? Syafiqkah yang telah 
berubah atau Afiqahkah puncanya? Tertutupkah pintu kemaafan di antara mereka hanya kerana saling
 curiga dan salah sangka?



PERGILAH SEPI... menjawab segala persoalan betapa bila kegirangan singgah di hati, kesepian terus 
berlalu pergi.
Harga : RM 12.00
Halaman :368
ISBN : 983-124-059-1


Read more: http://novelmalay.blogspot.com/2005/03/pergilah-sepi.html#ixzz1lBDQGPTW