Thursday, February 2, 2012

MAKANAN MINDA & RACUN MINDA


Take Care of your Brain and Mind...
Dibawah ini dadlah cara penjagaan makanan untuk otak yg saya ambil dari blog yg sedia tertulis di hujung paragraph ini...
Jom baca... >>

Kenapa Otak memerlukan makanan ?
  1. Pertumbuhan Sel Otak
  2. Tenaga Berfikir
  3. Perkembangan minda dan Sahsiah
  4. Mencegah dan Merawat Penyakit Otak, Fikiran dan Perasaan(termasuk tingkah laku)
  5. Kesihatan Otak, Akal & Perasaan

Kategori Pemakanan Dan Otak
NEUROFILIK
Kumpulan makanan yang diperlukan otak untuk tenaga berfikir, pertumbuhan dan perkembangan minda, kesihatan dan pencegahan penyakit yang berkait dengan otak, fikiran dan perasaan.
  1. Mencergaskan fikiran
  2. Menimbulkan kerajinan
  3. Mencerdaskan akal
  4. Meningkatkan kreativiti
  5. Meneguhkan ingatan
  6. Menambah daya tumpuan
  7. Menghilangkan keresahan, runsing dan takut
  8. Menaikan semangat
  9. Menjauhkan kebosanan

Pemakanan Neurofilik
  1. Ikan
  2. Kekacang dan kekeras: kacang soya, kacang tanah, kacang hijau, kacang pis, kacang pistacio, badam
  3. Bijirin seluruh : barli, gandum, berak tumbuk, jagung
  4. Sayur-sayuran : lobak merah, daun saderi
  5. Sayur-sayuran hijau
  6. Buah-buahan : limau, mangga, pisang, betik
  7. Kismis
  8. Kurma
  9. Susu dan makanan drp susu : keju, yogurt
  10. Gula semula jadi : gula merah, gula melaka
  11. Koko & coklat
  12. Belalang
  13. Minyak sayuran : minyak kacang soya, minyak jagung, dan minyak bunga matahari
  14. Beras warna coklat/perang
  15. Roti mil putih
  16. Madu lebah
  17. Makanan laut mengandungi iodine : kerang & siput
  18. Minyak Ikan
  19. Telur
  20. Examo CKM 500( Nutrien otak rumusan Prof. Dr Azizan Ismail)

NEUROTOKSIK
Kumpulan makanan yang tidak diperlukan otak kerana boleh meracun otak, minda dan fikiran sambil menimbulkan kerosakan pada otak, menjejaskan fikiran berfikir dan melemahkan ingatan serta mengganggu perasaan. Mendatangkan Kesan Buruk Kepada Otak dan Saraf

Menimbulkan keadaan : Mengantuk, malas, iritasi dan alergi, keresahan, lemah ingatan, lembab berfikir, payah hafalan, kedunguan, gangguan emosi, tingkah laku dan perangai.

Pemakanan Neurotoksik
  1. Aiskrim
  2. Air klorin
  3. Cuka, asam, jeruk
  4. Biji & ulam pucuk gajus
  5. Biskut & kek
  6. Buah pala
  7. Garam : sederhana munasabah
  8. Gula : berlebihan
  9. Makanan ringan : gula-gula, asam masin, keropok snek
  10. Kopi & Teh
  11. Makanan alergi : sotong, udang, ketam, belacan
  12. Makanan masak berminyak
  13. Rokok, dadah dan ubat dadah.
*** Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut, tenaga perlu dipulihkan.

Bagaimana hendak memulihkan tenaga ?
Mengikut kajian ada 3 cara bagi memulihkan tenaga, iaitu:

Memberi semangat dan perangsang
Memberi semangat dan perangsang Seseorang pelumba lari jarak jauh (Marathon) akan menjadi letih tidak bermaya selepas berlari beberapa kilometer, tetapi apabila diberi perangsang dengan tepukan orang ramai bertambahlah semangat dan kekuatannya untuk meneruskan larian. Demikian juga galakan perangsang yang diberikan oleh penonton dan penyokong kepada satu pasukan bolasepak akan dapat menimbulkan tenaga baru pasukan itu dan meneguhkan semangat juangnya.

Beristirahat
Beristirahat Setelah banyak bekerja seseorang akan terasa letih dan tidak bermaya. Dengan cara beristirahat tenaga yang hilang akan dapat dipulihkan. Selepas beristirahat bolehlah ia meneruskan kerja.

Makan dan minum
Makan dan minum Makan dan minum boleh memulihkan tenaga yang dibelanjakan semasa bekerja. Apa yang harus dimakan? Yang harus dimakan ialah benda-benda yang boleh memberi tenaga seperti gula, nasi, kanji, bubur gandum, teh dan sebagainya.

Demikian pulalah halnya dengan otak
Otak yang sihat dan bertenaga boleh melakukan kerja seperti berfikir dan mengingat. Bila otak melakukan kerja-kerja ringan seperti membaca, mengira mudah dan menulis, ia cuma melibatkan penggunaan tenaga yang sedikit sahaja. Bila mana pula ia melakukan kerja-kerja berat seperti membuat analisis-analisis, merangka strategi dan sebagainya maka sudah tentulah banyak tenaga yang digunakan. Bila tenaga otak telah digunakan, maka kian berkuranglah tenaga itu.

Apabila tenaga itu berkurang, maka timbullah keadaan-keadaan seperti:
  1. Perasaan gementar, cemas dan bimbang
  2. Bersifat pesimis dan bersikap negatif
  3. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri
  4. Selalu letih dan tidak bertenaga
  5. Sering diganggu kesedihan tidak menentu
  6. Serabut fikiran dan kelesuan otak
  7. Lemah daya berfikir dan rasa malas
  8. Mudah lupa dan rasa jemu
  9. Kurang daya tumpuan



REF : http://www.ekedai2u.com/index.php/produk/era-edar/examo-ckm-500.html

No comments: